Friday, April 16, 2010

Kita tidak hidup sendirian..


semalam, n.a.f.i.i.z dapat satu email..sangat2 menyentuh hati..
benar atau tidak, tak kisah la..tapi pengajaran dari cerita tu amat menginsafkan..

meh kita sama2 baca dan hayati kisah ini...

" Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan kereta Waja yang berprestasi  tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil memandu perlahan-lahan dia memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan, dia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Sebaik sahaja keretanya melintasi kawasan tersebut, anak kecil tidak kelihatan tetapi tiba-tiba seketul batu dilontarkan  tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut..!
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi.
Kita selalu kasar...
siapa kita ?


" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa kejadahnya awak buat kat sini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki..! Awak tau tak ?! Apa  awak buat ni ?! ” jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ,
"Saya minta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil ".
Dengan linangan air mata dia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.
"Itu abang saya  , dia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang untuk angkat dia  balik. Boleh tak Pakcik tolong saya, dia cedera dan dia terlalu berat untuk saya. “

Dengan rasa terkejut dan terpinga-pinga, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
“ Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat ”
Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang ke rumah mereka. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

 Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek  teruk tetapi dia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang perlu melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian,
Kita tidak hidup sendirian.

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara. "

1 comments..:

☆ lieya latif ☆ said...

lieya ade bace....tersentuh hati kan....

memories..

i'm looking for..

Loading...